SURAT KETIDAKPUASAN HATI
Tuan,
Saya seperti nama empunya blog ingin meluahkan rasa tidak puas hati secara rasmi atas kerakusan pihak tuan menggunakan khidmat kami.
Sebagai salah seorang pekerja di syarikat tuan, saya patuh kepada segala arahan tuan yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia, saya merasakan pihak tuan telah menggunakan kami demi kepentingan syarikat. Sebagai tulang belakang a.k.a kuli batak pihak syarikat, kami merasakan kerja kami semakin menimbun dengan prosedur baru yg tak pernah putus. Bagaimanakah kami mahu fokus terhadap sesuatu tugasan sedangkan prosedur acap kali di ubah. Kami faham bahawa pihak syarikat ingin menambahkan skill kami, tetapi kami merasakan bahawa kerja2 yg telah di arahkan tidak setimpal dengan bayaran yg kami dapat. Kami seolah-olah buruh paksa di sini yang tidak punya tempat untuk meluahkan rasa ketiakpuasan hati kami.
Untuk pengetahuan tuan, kami sangat banyak 'cakap belakang' sbb kami tak tau kepada siapa untuk mengadu. Seperti mana yang pihak tuan tahu, kami tidak berhak untuk bersuara sbb kami hanyalah kuli batak sahaja yang hanya layak angguk... tetapi sekiranya kami geleng terus kene buang kerja, kerana kuasa veto berada di tangan pihak tuan. Antara kami memang pandai bermuka-muka, untuk mem'please'kan pihak atasan.. tapi itu bukan saya. Saya tidak mampu. Makin saya tak suke kat insan tu ade laa.. tapi saya tidak akan hi-lite kan namanya disini sbb saya tidak mahu beliau di buang kerja hanya disebabkan saya. Lagipun beliau dh berbelas tahun mencari rezki disini berbanding saya yang hanya 4 bulan berada di syarikat tuan.
Oleh yang demikian saya berharap agar pihak tuan membaca tulisan saya dengan rasa belas kasihan dan berharap perubahan dapat di lakukan.. Sekiranya bukan dari segi kerja, dari segi kewangan.. agar kami merasakan kerja-kerja yang kami lakukan berbaloi. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
eid a.k.a kuli batak MXXXX
7 comments:
bawak2 bertendang.. rilek2.. cepat buat yoga utk releasekan tensen anda.
:)
aiyak... aku perlukan udara... tolongggg
*baru dapat tau tadi.. kalo org tak confirm bleh blah begitu sahaja... huhu patutkah aku???
sbr le sket..bg confirm dlu..dpt gak rase gaji naik nt..4 bln tu sbena xdikira bekerja lg..cmne tuh nk tls ke 4bln je keje lam resume..
saba okes!
baikkk kucensiam! ill try... huhu
biasalah tu noks. adat resam makan gaji...
MXXXX to EID
Luahan hati kamu tlh sy baca..maka dgn ini sy ingin bterima kasih kpd kamu sbb mnyedarkn pihak kami betapa teruknye kami melayan pekerja kami..
oleh itu, kamu semua akn diberikan bonus..
*hakhakhak..jgn mimpi la dpt respon cm2..hohoho..
ray : kan noks??!! aiyooo...
slay86 : haha.. kalo die respon cmni kan bagus... hmmm non ado!
Post a Comment