Berbagai-bagai kesan yang akan timbul, antara yang penting ialah hilangnya jati diri kita sebagai masyarakat Malaysia. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila buat kajian tentang perkara berikut daripada internet ataupun perpustakaan. Kesan penggunaan bahasa melayu yang tidak betul dan tepat pula ialah akan melahirkan bangsa Malaysia yang tidak berdaya maju dan kurang berilmu. Ini kerana tuntutan zaman menjadikan bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa-bahasa moden lain di dunia untuk menjadi alat komunikasi maju dan alat pembinaan budaya tinggi.
panas.. panas.. masih lagi panas... *goyang ifa raziah*
tengok ally tak uols??.. diskusi pasal bahasa rojak... ahli panel:kartunis ujang vs. mantan pengarah dbp + prof. tamadun melayu,ukm
ally pun masuk ke pihak pembangkang sbb die tak puas hati bile pihak swasta contohnye t*v3 guna s*ure heboh harus ditukar kepada j*om heboh... tapi bila url utk kementerian kat malaysia nih.. 17 out of 20++ kementerian di malaysia gunakan perkataan bahasa inggeris.. new info for me.. tak pulak menjadi 1 kesalahan... sblm masyarakat dipersalahkan sekiranya tidak menggunakan bahasa melayu santun... badan2 berwajib yg patut mulakan dulu... huhu...
nak tuding jari kat sape ni eh??? hmm...
Bulan Bahasa dan Sastera Negara mula dilancarkan pada tahun September 1999. Program Bulan Bahasa dan Sastera Negara ialah pada bulan September dan bulan ini diisytiharkan sebagai bulan untuk semua lapisan rakyat Malaysia mengadakan kegiatan bahasa dan sastera, dan melibatkan diri dalam kegiatan tersebut.













