0900am
elo...
this quote taken from my buddy link... so nice to figure out what its actually means...
"Pernahkah kau bertanya kepada dirimu, adakah satu bahagian tubuhmu yang sebenarnya paling bererti? Pernahkah kau bertanya, apa?
Tidakkah kau tahu bahawa bahumu itu adalah bahagian tubuhmu yang paling bererti? Pernahkah kau fikir begitu? Tidak, bukan? Mengapa aku berkata begitu? Adakah kerana fungsi bahu itu sendiri adalah untuk menggalas beban? Adakah begitu fikirmu? Tidak temanku. Bukan kerana itu. Tahukah kau bahawa bahumu adalah satu-satunya di dunia ini yang bisa kau berikan tanpa sebarang bayaran dan tanpa ketetapan harga? Bahumu itulah yang bisa kau berikan kepada temanmu atau kepada orang yang kau sayangi ketika mereka menangis kesedihan. Ada masanya kita punya mata yang hanya mampu melihat, kita ada suara yang adakala tak dapat mengungkai secebis rasa, kita ada telinga yang mampu mendengar namun belum pasti mampu memahami. Kita sering lupa bahawa kita punya sepasang bahu yang tak bisa bersuara, tak bisa mendengar dan tak bisa melihat namun bisu, tuli dan butanya itu cukup untuk mendamaikan secebis gundah. "
nota kaki : renung-renungkanlah
No comments:
Post a Comment